Malaysia kini ke arah suatu perubahan dengan pindaan Akta Pekerjaan bakal menyaksikan waktu bekerja dikurangkan daripada 48 kepada 45 jam, lapor Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, lapor The Star.

Pindaan yang akan dikuatkuasakan bermula 1 September selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) ini bertujuan untuk memastikan bahawa kebajikan pekerja terjaga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pindaan yang dibuat termasuk, waktu bekerja lebih pendek (48 jam hingga 45 jam) dan fleksibiliti dalam pengaturan kerja.

Beliau menambah, “Fleksibiliti ini akan membolehkan pekerja memohon kepada majikan mereka untuk menjalankan tugas kerja mereka mengikut kesesuaian mereka (waktu bekerja, kecemasan COVID-19 dan tempat kerja).”

Senator Md Nasir telah membangkitkan persoalan mengenai pendirian menteri dalam melaksanakan jadual kerja 4 hari khususnya di sektor swasta dan Datuk Awang Hashim menjawab dengan berkata, “Setakat ini, tidak ada cadangan atau perbincangan berhubung pelaksanaan Jadual kerja 4 hari di peringkat kementerian.”

JPA tubuh pasukan khas kaji waktu kerja empat hari seminggu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

JPA Tubuh Pasukan Khas Kaji Waktu Kerja Empat Hari Seminggu

Mahu Rakyat Lebih Produktif, Parlimen Singapura Cadang Perkenalkan Sistem 4 Hari Kerja