Sesuai dengan arus pemodenan masa kini dimana rangkaian 5G bakal diperluaskan, Malaysia juga tidak terkecuali dalam menawarkan rangkaian internet pantas ini buat para pengguna.

Walaubagaimanapun, muncul sebuah lagi isu dimana rangkaian internet 5G daripada syarikat Huawei mungkin tidak digunakan berikutan beberapa negara yang mula mengharamkannya.

Sumber: The economist

Difahamkan setakat ini Australia dan New Zealand antara negara yang mengharamkannya dengan alasan berlaku intipan siber yang boleh dilakukan China melalui penawaran rangkaian 5G ini.

Sehubungan dengan itu, Tun Mahathir yang baru-baru ini disoal sewaktu memberi ucapan di Oxford Union menyuarakan pendirian negara dimana rangkaian daripada Huawei ini masih lagi dalam kajian.

ft-2
Sumber: World Of Buzz

Setakat ini Malaysia masih belum menemui sebarang bukti dimana berlaku intipan siber daripada Huawei. Selain itu, difahamkan Huawei juga turut menegaskan pihak mereka tidak melakukan perkara sedemikian.