Percaya atau tidak, Malaysia mencatatkan jualan rokok tidak sah paling tinggi di dunia sebanyak 12,000,000,000 batang pada tahun 2018. Umum mengetahui risiko yang perlu ditanggung oleh perokok lebih-lebih lagi pengguna rokok tidak sah yang semestinya jauh lebih bahaya.

Jualan tertinggi rokok tidak sah dicatatkan di beberapa buah negeri iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Penguatkuasaan dan pengawasan yang agak lemah memudahkan operasi penyuludupan rokok tidak sah dibawa masuk ke dalam negara.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

bf65

Pengarah Urusan JT International Bhd dalam satu kenyataan kepada The Star menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan jumlah jualan rokok tidak sah. Antaranya ialah menghadkan 1 pintu masuk sahaja untuk produk import tembakau. Selain itu satu jawatankuasa khas boleh ditubuhkan bagi memantau penjualan rokok tidak sah ini.

Anda Mungkin Suka