Malaysia mendahului kerugian di pasaran saham Asia Tenggara pada hari Selasa setelah darurat diisytiharkan bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19, dengan stok bank menerima kesan yang paling buruk, lapor Al Jazeera.

Indeks saham utama Malaysia merosot sebanyak 1.6 peratus, jatuh mendadak untuk sesi kedua berturut-turut, sementara pasaran saham Asia yang lain juga menerima kesan kerugian di Wall Street. Saham Korea Selatan turun lebih dari 1 peratus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada hari Selasa untuk mengekang koronavirus, sehari setelah perdana menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di 6 negeri yang terkesan teruk dengan wabak COVID-19.

CGS-CIMB Securities menjangkakan PKP selama dua minggu akan mengurangkan 0.7 mata peratusan daripada ramalan pertumbuhan Malaysia 2021, menganggarkan kerugian ekonomi harian sebanyak 750 juta ringgit ($ 184.87 juta).

“Memandangkan risiko PKP mungkin akan diperpanjangkan … sokongan polisi tambahan mungkin diperlukan untuk menyokong ekonomi,” kata broker.

Screenshot 2021-01-13 at 9.33.14 AM

Situasi darurat difahamkan akan berakhir lebih awal jika jumlah kes harian wabak COVID-19 terkawal dan dapat dikurangkan dengan lebih berkesan, kata kenyataan itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Malaysia tetap “terbuka untuk perniagaan” dan tempoh darurat akan memberi negara “ketenangan dan kestabilan yang sangat diperlukan.”

Untuk rekod, tindakan pengisytiharan darurat ini, bagi para penganalisis adalah sebagai salah satu usaha Muhyiddin untuk mempertahankan kedudukan politiknya.

Terdahulu, kes COVID-19 membimbangkan, Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos 2021. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kes COVID-19 Membimbangkan, Agong Perkenan Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Isu Agong Tak Isytihar Darurat, Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Ancaman Protes Bersenjata, Trump Setuju Isytihar Darurat Di Washington

Sumber