Ketika awal penularan wabak pandemik COVID-19, semua rakyat Malaysia perlu akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan boleh dikatakan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah serta belajar secara atas talian. 

Menurut laporan, kajian mendapati Malaysia menduduki tangga teratas di Asia gemar menghabiskan masa melayari laman web lucah semasa tempoh PKP. Bagi peringkat dunia pula, Malaysia berada di kedudukan keempat di bawah Slovakia, Bulgaria dan Ireland.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan statistik sebuah laman web lucah, trafik di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6 peratus daripada hanya 6.5 peratus dari 16 hingga 17 Mac 2020 ketika banyak negara melaksanakan sekatan pergerakan ke atas rakyat ekoran COVID-19.

Untuk rekod, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah memaklumkan kepada Dewan Rakyat pada 30 November 2021 bahawa sejumlah 4,068 laman pornografi telah disekat oleh pihak­nya.

Tahukah anda bahawa PDRM boleh tahu jika anda layari laman pornografi? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

PDRM Kini Tahu Jika Anda Layari Laman Pornografi

‘Lukis Badan Dahulu Baru Pakaian’- Alasan Wanita Ini Disangkal Pelukis Berpengalaman