Pada 31 Disember 2020 yang lalu, Malaysia telah merekodkan 32.3 juta kenderaan bermotor yang mana angka tersebut telah meningkat sebanyak 1.2 juta berbanding tahun 2019 yang lalu.

“Manifestasinya, peningkatan jumlah pemandu dan kenderaan ini secara langsung memberikan impak yang besar terhadap semua urusan serta urusniaga berkaitan JPJ, sama ada pelesenan kenderaan, pelesenan pemandu mahu pun tugas penguatkuasaan,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Tambah beliau lagi, walaupun negara Malaysia berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mendapatkan kutipan yang baik dan cemerlang yang bernilai RM4.143 billion.

“Selain itu, peningkatan jumlah pengguna jalan raya ini memberikan hipotesis yang amat sinonim dengan peranan JPJ berkaitan pendidikan dan penguatkuasaan keselamatan jalan raya, lebih-lebih lagi selepas Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diserap masuk ke JPJ,” tambah beliau lagi.

Anda boleh baca kisah automotif yang berlaku pada awal tahun 2021 pada pautan di bawah.

Honda Kekal Jenama Kereta Paling Laris Di Malaysia 6 Tahun Berturut-Turut

‘Nasib Baik Ada Hilux’ – Permaisuri Agong Kongsi Gambar Turun Padang Bantu Rakyat Dilanda Banjir

10 Kejayaan Yang Berjaya Dicapai Oleh Proton Sepanjang 2020

Anda Mungkin Suka