Satu peningkatan keselamatan yang baik dilakukan Malaysia apabila memilih untuk meningkatkan kualiti keselamatan jalan raya dengan memperkenalkan sistem penghadang jalan beroda. Sejak akhir-akhir ini kita banyak menerima berita yang membabitkan kemalangan jalan raya, sebahagian daripadanya pula sehingga melibatkan kemalangan jiwa.

Kami lihat ini satu solusi yang baik dicapai pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Menurut pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Malaysia bakal menggunakan teknologi sistem penghadang jalan beroda di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya kemalangan seperti dibahagian selekoh berbahaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Teknologi tersebut dikenali sebagai ‘Rolling Barrier’ yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat ETI dari Korea Selatan. Namun, dalam pada itu teknologi berkenaan akan menjalani tempoh percubaan selama dua tahun sebelum dinilai dan dipertimbangkan untuk diperluaskan ke jalan raya yang lain.

sumber
sumber

Menurutnya lagi, ada beberapa perkara lagi yang boleh diambil untuk diaplikasi di Malaysia dan ini mungkin boleh menjadi projek perintis seperti penghadang jalan beroda dan akan laksanakan di Subang iaitu dipasang di kawasan yang penuh sesak.

Anda boleh lihat bagaimana keupayaan sistem penghadang jalan beroda ini bertindak balas jika berlaku kemalangan melalui video dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=qY_B8MIVTTw

Diharapkan lebih banyak idea-idea baru yang dikeluarkan dalam membentuk Malaysia ke arah sebuah negara maju pada masa akan datang.