Tarikh 8 March sememangnya menjadi memori yang pahit buat seluruh rakyat Malaysia. Kehilangan 239 nyawa yang terbang bersama MH370 antara yang membuatkan peristiwa ini sentiasa diingati ramai.

Setelah empat berusaha dalam mendapatkan lanjut bagi penerbangan MH370, 28 November menjadi tarikh yang bermakna setelah didapati terdapat keluarga mangsa berjaya menemui sebanyak 27 serpihan daripada pesawat MH370. Difahamkan lokasi serpihan yang dijumpai adalah di Lautan Hindi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
bp_anthony_loke_051118_64
Sumber: The Straits Times

Selain itu, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook turut menerima laporan dimana terdapat serpihan lain yang dijumpai di Madagaskar sekitar Ogos lalu.

Melihat kepada beberapa serpihan yang dijumpai, Menteri Pengangkutan telah mengumumkan dimana Malaysia kemungkinan besar bakal meneruskan kembali misi pencarian pesawat MH370 bersama mangsa.

Sumber: NST

Diharap misi pencarian pada kali ini bakal memberi sinar harapan baru buat keluarga mangsa serta seluruh Rakyat Malaysia.