Laporan terbaharu dari Global Firepower meletakkan Malaysia di tangga kelima dengan kekuatan tentera di Asia Tenggara, manakala negara jiran, Indonesia berada di tangga pertama.

Data ini dikumpulkan berdasarkan lapan kriteria, antaranya adalah tenaga kerja, tentera udara, tentera darat, tentera laut, sumber asli, logistik, kewangan dan bentuk muka bumi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Senarai Global Firepower menggunakan lebih daripada 50 faktor individu untuk menentukan markah PowerIndex (‘PwrIndx’) negara dengan bermula dari kategori kekuatan ketenteraan dan kewangan hingga kemampuan logistik dan geografi,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Global Fire Power.

Secara umum, Amerika Syarikat berada di tangga pertama negara yang mempunyai kekuatan tentera yang besar. Malaysia pula berada di tangga ke 44 dari 138 negara yang memasuki senarai Global Firepower. Manakala Indonesia  berada di tangga 16 secara keseluruhan.

Bagi Asia Tenggara, Global Firepower meletakkan Indonesia di tempat pertama sebagai negara Asia Tenggara dengan kekuatan tentera terbesar, dengan indeks sebanyak 0.2544. Diikuti oleh Vietnam (0.3559), Thailand (0.3571), Myanmar (0.5691), dan Malaysia (0.6546).

Bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang mempunyai garis pantai terpanjang, Indonesia seharusnya mempunyai kekuatan tentera laut. Tetapi jumlah itu dianggap kecil berbanding Thailand.

Melalui laporan terbabit, Angkatan Laut Indonesia hanya memiliki 282 kapal perang sepanjang 99,000 kilometer garis pantai. Thailand pula berada di tangga pertama dengan kekuatan 292 kapal perang dan negara Gajah Putih ini hanya memiliki garis pantai sepanjang 33,000 kilometer.

Untuk rekod, lima negara di dunia yang mempunyai kekuatan tentera yang luar biasa adalah Amerika Syarikat, Russia, China, India dan Jepun. Negara terakhir pula diduduki oleh Bhutan.

Terdahulu, seorang wanita mempamerkan bahagian rumahnya yang berada di antara sempadan Malaysia dan Indonesia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Di Malaysia’ – Wanita Ini Pamer Rumah Di Sempadan Dua Negara

Media AS Dakwa Wujud ‘Layanan Kejam’ Terhadap Wanita Di Ladang Sawit Malaysia Dan Indonesia

Lelaki Di Indonesia Jadi Jutawan Sekelip Mata, Jual Batu ‘Meteorit’ Dengan Harga RM7.6 Juta