Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila pemain badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei berjaya menyumbang pingat emas pertama buat Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 yang berlangsung di Buenos Aires, Argentina.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kejayaan yang diperoleh ini turut mengejutkan ramai selepas pemain pilihan ketiga ini berjaya menyingkirkan pemain dari China, Wang Zhiyi dengan keputusan 16-21, 21-13 dan 21-19.

0713_Son_600x450_0005_Goh Jin Wei

Goh Jin Wei. Sumber: Victor Badminton

Selain itu, pasukan hoki negara turut berjaya memperoleh keputusan cemerlang selepas menundukkan Austria dengan keputusan 2-0 pada perlawanan suku akhir dimana penyerang skuad kebangsaan Mohammad Akhimullah Anuar Esook berjaya menjaringkannya. Pasukan hoki negara bakal bertemu Zambia selepas pasukan negara Afrika ini berjaya mengalahkan Australia dengan keputusan 6-4. 

Selamat berjaya kami ucapkan buat kontinjen olimpik remaja negara. Semoga lebih banyak medal berjaya diperoleh sekaligus melahirkan lebih banyak pelapis yang lebih hebat di masa akan datang.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group