Sekiranya anda kerap melayari media sosial sejak beberapa hari ini, pastinya anda cukup tahu bagaimana netizen begitu kritis dalam membincangkan soal kos penyiaraan Piala Dunia yang ditayangkan di RTM meliputi 41 daripada 64 perlawanan yang menelan belanja sekitar RM30 juta.

Dalam pada itu, mungkin ramai yang tidak tahu Piala Dunia 1982 ternyata turut mempunyai sejarah yang manis buat Rakyat Malaysia. Segalanya bermula apabila RTM mengumumkan pihak mereka cuma mampu menyiarkan perlawanan separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan final berikutan dana yang tidak mencukupi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

england82

Dalam usaha untuk merealisasikan impian menonton Piala Dunia 1982 secara keseluruhan, seorang individu yang dikenali dengan nama Peter Teo telah membuat panggilan ke RTM untuk mencadangkan sebuah solusi yang menyatukan Rakyat Malaysia.

Solusi yang diumumkan adalah cadangan untuk menghasilkan sebuah tabung khas dimana Rakyat Malaysia boleh menderma bagi menjayakan misi menonton Piala Dunia 1982. Dengan persetujuan RTM sebuah tabung telah dilancarkan yang dinamakan sebagai ‘People’s Live Telecast Fund (PLTF)’.

nst wc1982
Sumber: NST
NST world cup 1982
Sumber: NST

Siap sangka, tabung yang dicadangkan hasil peminat bola sepak ini menjadi kenyataan apabila Rakyat Malaysia berjaya mengumpul dana yang diperlukan iaitu sebanyak RM300,000. Akhirnya hasrat Rakyat Malaysia untuk menonton Piala Dunia 1982 berjaya menjadi kenyataan.

Difahamkan antara penyumbang terbesar di dalam tabung PLTF terdiri daripada Tun Mahathir dan juga Agong Ke-7, Sultan Ahmad Shah. Perkara yang paling nostalgia dan ikonik pada Piala Dunia 1982 yang ditayangkan RTM pastinya slogan ‘DiTaja Oleh Rakyat Malaysia’ yang disertakan semasa piala dunia ini berlangsung.

Sumber