Syarikat penerbangan milik Pakistan terpaksa menanggung malu apabila pesawat penumpang mereka dirampas buat kali ke dua oleh Malaysia kerana didakwa gagal melunaskan hutang. Pakistan International Airlines telah mengalami nasib yang sama sepanjang beberapa tahun ini dan kini penumpang mereka ramai yang terkandas di negara ini.

Malangnya bagi Pakistan International Airlines dan AP-BMH, nasib tidak menyebelahi mereka kerana pada 29 Mei, kapal terbang penumpang itu telah dirampas buat kali kedua. Kapal itu telah dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia semasa mendarat di Kuala Lumpur kerana tidak membayar hutang bernilai USD$4 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, sebagai tindak balas kepada rampasan kapal terbang tersebut, sebuah lagi Boeing 777-200ER telah dihantar untuk membawa pulang penumpang dan anak kapal yang terkandas.

Jurucakap PIA Abdullah Hafeez Khan berkata bahawa mahkamah Malaysia telah mengarahkan pesawat itu disita berikutan permintaan oleh pemajak. Bagaimanapun, Abdullah berkata syarikat penerbangan milik kerajaan Pakistan itu akan memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula pesawat itu. Beliau juga berkata jumlah yang dipertikaikan itu telah pun dibayar oleh PIA.

Ini adalah kali kedua dalam masa tiga tahun pesawat PIA dirampas di negara Asia Tenggara. Jurucakap AerCap Holdings NV, yang dikenal pasti Abdullah sebagai pemberi pajak, tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen. Laporan itu juga menyatakan bahawa PIA telah bergelut untuk mengatasi masalah kewangannya selepas Kesatuan Eropah mengharamkan operasi penerbangannya pada 2020 kerana lesen juruterbang palsu.