Malaysia kini berhasrat menjadikan Kuala Lumpur selaku hab syarikat startup dan industri dalam usaha melonjakkan lagi aktiviti ekonomi digital negara.

Menurut Kementerian Ekonomi, ekonomi digital merupakan salah satu daripada tiga sektor strategik bernilai tinggi yang mampu merancakkan pelaburan serta menawarkan pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat dalam penstrukturan semula ekonomi negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Utusan Malaysia

Oleh itu, kementerian kini sedang berkerjasama dengan beberapa kementerian lain yang terlibat di dalam ekosistem digital untuk merancakkan ekonomi digital negara.

Berdasarkan usaha itu, langkah perubahan dasar secara agresif perlu dilaksanakan merangkumi pelarasan tugas agensi kerajaan, proses visa pekerjaan yang lebih cekap, penawaran insentif digital yang menarik serta penghasilan tenaga kerja dalam industri digital pada pasaran negara.

Setakat ini mengikut laporan usaha tersebut masih di peringkat kerangka. Bahkan, dasar dan inisiatif khusus berkaitan matlamat tersebut akan diketengahkan secara berperingkat kepada umum kelak.

Sumber