Malaysia semalam mengumumkan sebuah rancangan untuk membina jambatan atau terowong yang menghubungkan negara itu dengan Indonesia. Pengerusi jawatankuasa pelaburan, industri, pembangunan usahawan dan koperasi Melaka Ab Rauf Yusoh berkata negeri itu berhasrat membina laluan sepanjang 120 km, menghubungkan Malaysia ke Indonesia melalui Telok Gong di Masjid Tanah dan Dumai di Sumatera.

Beliau berkata projek yang akan dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta itu dijangka mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Cadangan mengenai projek itu telah dikemukakan oleh sektor swasta dan kedua-dua negara pada dasarnya bersetuju untuk membuat kajian terperinci mengenai perkara itu. Di pihak kerajaan negeri, kita telah membawa semua agensi kerajaan melawat kawasan cadangan laluan baharu itu akan dibina,” jelas Ab Rauf seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Projek itu, tambahnya, akan menjadi simbol baharu bagi Malaysia dan Indonesia dan akan diwujudkan mengikut idea “Satu Tali, Satu Jalan”. Seiring dengan membina pautan, rancangan itu juga memerlukan pembinaan beberapa kemudahan, seperti bangunan imigresen dan ruang untuk lalu lintas.

Tambah Ab Rauf, tapak perindustrian serba baharu akan dibina di Masjid Tanah merentasi kawasan seluas sekitar 2,023 hektar. Ini akan dilakukan oleh Perbadanan Melaka, sebelum ini Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), dan dijangka membantu daerah itu mewujudkan sebuah bandar baharu.