Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon, berjaya memenangi hati peminat dengan kostum kebangsaannya.

Beliau yang berusia 22 tahun telah berjaya memperoleh anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik 2019 menerusi undian secara dalam talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadir dengan nama ‘A Peranakan Indulgence’, kostum ini direka oleh Carven Ong yang diilhamkan oleh warisan masyarakat Peranakan yang kaya dengan tradisi dan budaya.

https://twitter.com/MissUniverse/status/1203854071607808000?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=safari-reader%3A%2F%2Fwww.thestar.com.my%2Flifestyle%2Fstyle%2F2019%2F12%2F09%2Fmalaysia-voted-best-national-costume-at-the-2019-miss-universe-pageant

Reka bentuk yang rumit ini mempamerkan kain songket Melayu yang ditenun. Ia juga mempunyai sepasang sayap yang diperbuat daripada kain kebaya Nyonya, yang biasanya dipakai oleh wanita Peranakan.

Disusun di sekitar gaun itu adalah ciri-ciri budaya makanan Peranakan seperti onde-onde, kueh koci, ku ku, kueh talam, kueh lapis, kueh sago dan telur merah. Bakul tradisional, bakul sia, juga diletakkan bersama.

Ong diiktiraf kerana ciptaannya yang mewah. Tahun lalu, pakaiannya dipaparkan dalam filem Hollywood, Crazy Asia.

Sebelum ini kami pernah menulis tentang Shweta Sekhon yang membawa identiti Malaysia ke pentas Miss Universe 2019. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ratu Cantik Malaysia Bawa Busana ‘Kuih Muih’ Ke Pentas Miss Universe 2019

Sumber