Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bahawa varian COVID-19, yang dikenali sebagai mutasi berganda atau B.1.617.1 dari India telah dikesan di Malaysia.

Tambah beliau lagi, mutasi ini dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS), selepas saringan dibuat di pintu masuk utama negara, lapor Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan bahawa kes mutasi berganda ini telah dikesan menerusi seorang warganegara India yang melakukan saringan ketika memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Varian baru coronavirus, disebut sebagai B.1.617 dan digambarkan sebagai ‘mutasi super’, pada mulanya dikesan di India pada 27 April yang lalu dan kini sekurang-kurangnya 17 negara turut melaporkan varian yang sama, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Kini para saintis sedang meneliti adakah varian baru wabak COVID-19 – dikenali sebagai mutasi berganda – adalah penyebab berlakunya tsunami COVID-19 yang tidak terkawal di India, lapor DW.

Menerusi laporan WGS bagi tempoh 24 April hingga semalam yang membabitkan 59 genom dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Adham berkata terdapat beberapa penemuan yang direkodkan.

“Ini termasuk 30 lagi varian membimbangkan (VOC), iaitu 27 varian Afrika Selatan B.1.351 dan tiga varian United Kingdom, UK B.117, malah kita menemui varian mempunyai kepentingan (VOI), iaitu varian dari India, B.1.617.

“Malangnya, laporan IMR ini mengesahkan kes pertama VOC B.1.351 di Perak dan Kelantan, membabitkan kewujudan kluster dengan 10 kes positif di setiap negeri terbabit.

“Menerusi aktiviti pengesanan, kita juga merekodkan tambahan tujuh kes varian B.1.351 dan dua varian UK B.1.1.7 di Selangor.

“Satu kes varian UK B.1.1.7 turut direkodkan di Sandakan, Sabah, membabitkan seorang warga asing, malah ini kes pertama varian dari UK dalam kalangan individu tanpa sejarah perjalanan ke luar negara dan berkemungkinan ia penularan tempatan,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk rekod, tsunami COVID-19 di India kini sudah mula menunjukkan kesan kepada beberapa negara. Nepal, jiran India, merekodkan jangkitan yang terkawal pada awalnya. Tetapi selama dua minggu terakhir, Nepal melaporkan ribuan kes baru setiap hari, yang bertepatan dengan lonjakan jangkitan di India sekarang.

Wabak coronavirus di India juga tampaknya telah mencapai timur Bangladesh. Pihak berkuasa di sana turut mengambil pendekatan yang sama apabila bertindak menyekat pergerakan rakyat mereka dengan menutup pintu sempadan selama dua minggu.

Suasana ngeri di India, koleksi foto pembakaran mayat mangsa COVID-19 secara besar-besaran. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Suasana Ngeri Di India, Koleksi Foto Pembakaran Mayat Mangsa COVID-19 Secara Besar-Besaran

Tragedi Wabak COVID-19 Di India Semakin Parah, Media Sosial Kini Dipenuhi Jeritan Minta Tolong

Dianggap ‘Air Suci’, Sungai Kotor Di India Ini Didakwa Bertukar Menjadi Jernih Dan Rasa Manis

Sumber