Berhubung berita tentang Malaysia dimasukan dalam senarai larangan imigresen AS yang diterbitkan oleh Malay Mail Online hari ini bagaimanapun telah disahkan palsu, termasuk 20 senarai baru yang dilarang masuk Amerika Syarikat.

Setakat ini Malaysia masih belum terlibat dengan sekatan yang telah dibuat terhadap 7 negara Islam memasuki Amerika Syarikat, perkara ini dijelaskan sendiri oleh kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan kes 71 orang yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa  John F. Kennedy, New York baru-baru ini yang melibatkan 20 negara, dan salah seorangnya adalah warga Malaysia. Berdasarkan laporan yang dibuat oleh No Ban JFK, sekumpulan peguam dan sukarelawan tampil membantu mereka yang terkandas .

“Larangan ini sudah menjejaskan lebih daripada 7 negara yang disasarkan” jelas Camille Mackler selaku Pengarah undang-undang imigresen New York.

Dalam masa yang sama, Kedutaan Amerika Syarikat menjamin tiada masalah untuk pelancong dari Malaysia yang mahu ke Amerika dengan syarat mempunyai visa perjalanan yang sah.

Sumber