Pelancong dari China dan India dibenarkan memasuki Malaysia tanpa memerlukan visa bermula tahun depan.

Pada tahun 2020, pelancong dari kedua-dua negara boleh melawat Malaysia selama 15 hari, dengan syarat mereka mendaftar melalui sistem elektronik dan sistem maklumat – sama ada secara individu atau melalui agensi pelancongan di negara masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka hanya akan diberi kebenaran untuk memasuki Malaysia tiga bulan selepas mendaftar – tetapi tempoh lawatan terhad kepada 15 hari dan tidak boleh dilanjutkan.

Rakyat kedua-dua negara ini perlu melalui sistem yang sah bagi memasuki ke negara ini bermula tahun hadapan – mereka perlu melalui lapangan terbang atau mana-mana pos kawalan imigresen untuk pendaftaran.

Ini termasuk bangunan Sultan Iskandar di Johor, stesen keretapi Johor Bahru, pos kawalan Imigresen Johor di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor; Padang Besar, Perlis; Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah; Sungai Tujoh, Sarawak; dan pos kawalan Imigresen di Tedungan di Limbang, Bahagian Kelima, Sarawak.

Apabila ketibaan, mereka mesti mengemukakan bukti wang saku, kad kredit atau kad bank yang mencukupi dan mengemukakan jadual perjalanan mereka di Malaysia.

Ini dinyatakan dalam Gazet Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi melaksanakan fungsi Menteri Dalam Negeri.

Menurut gazet, para pelancong tidak boleh memohon sebarang pas lain di bawah Peraturan Imigresen 1963.

Dilaporkan bahawa Malaysia berhasrat untuk membawa 30 juta pelancong tahun depan dengan kempen Visit Malaysia 2020, dengan jumlah pendapatan dari sektor pelancongan sebanyak RM100 bilion.

Bulan ini juga kami pernah melaporkan bagaimana Visa disalah guna oleh pelancong China dan India. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kemudahan Visa ‘Dicabuli’, Lebih 95% Pelancong China Dan India Tiada Rekod Keluar Malaysia

Ini Cara Mudah ‘Refund’ Tiket Penerbangan Apabila Visa Tidak Lulus

Lelaki Ini Dedah ‘Scam’ Visa Perlindungan Australia Untuk Membenarkan Imigran Bekerja

Sumber