Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Percaya atau tidak, loghat bahasa kita telah menerima satu lagi pengiktirafan yang membanggakan. Menurut satu laporan kajian daripada portal pelancongan terkenal, Big 7 Travel, Malaysia diletakkan di tangga ke-39 bahasa atau loghat paling seksi di dunia, sebaris dengan loghat Austria dan Latvia.

capture-20190501-122350

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Mengikut ulasan portal tersebut, Bahasa Malaysia layak berada pada kedudukan tersebut disebabkan bahasa yang semakin moden seiiring dengan pengaruh bahasa Amerika. Bahasa Latvia yang agak mirip dengan bahasa Rusia pula berada di kedudukan ke-40 dan diikuti dengan loghat Geordie yang sinonim dengan penduduk Newcastle, Tyne di England.

Tempat pertama dinobatkan kepada negara New Zealand dengan loghat Kiwi. Walaupun Kiwi kedengaran seperti hampir sama dengan loghat Australia, namun menurut kajian tersebut loghat Kiwi kedengaran lebih menawan. Kedudukan kedua pula diduduki oleh Afrika Selatan dengan keunikan ton suara dan slang Saffa.

Anda Mungkin Suka