Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk industri perlancongan Malaysia kerana Malaysia tersenarai sebagai antara tempat paling dilawati pelancong dalam satu laporan tahunan World Travel Monitor. Kuala Lumpur dan Malaysia merupakan bandar dan negara yang paling banyak ditempah ketiga di Asia.

Untuk pengetahuan anda, World Travel Monitor menyediakan laporan dan memantau jumlah perjalanan keluar dan tingkah laku perjalanan di semua pasaran utama di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
pulau perhentian
Pulau Perhentian. Sumber: Kalerful

Ianya diterbitkan oleh perundingan pelancongan di seluruh dunia IPK International, destinasi utama pelancong dari seluruh dunia memilih untuk pergi ke 2018 telah dikenal pasti dalam laporan itu.

Tiga senarai teratas menampilkan Jepun sebagai negara paling banyak ditempah serta Thailand di tempat kedua. Malah, Kuala Lumpur berjaya mengetepikan destinasi lain termasuk Hong Kong, Osaka, Taipei, Seoul, Singapura, Bali dan Pattaya sebagai tempat ketiga destinasi pilihan Asia.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber