Projek Forest City, Johor yang dibangunkan dengan kos $100 bilion (RM409.90 bilion) nampaknya mendapat tentangan daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir pada hari ini berikutan pemaju syarikat ini yang berpihak untuk menawarkan kondominium mewah kepada orang luar.

Berdasarkan kenyataan Tun Mahathir, projek ini masih lagi boleh diteruskan dengan syarat tidak dijual kepada rakyat luar Malaysia kerana Malaysia tidak berminat untuk menawarkan visa bagi membolehkan orang luar bermastautin di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

TunM

Kenyataan ini dibuat selepas mendapati objektif projek ini tidak membantu Rakyat Malaysia sebaliknya orang luar berikutan harganya yang terlalu tinggi dan diluar harga mampu milik. Selain itu, Rakyat Johor turut menyuarakan dimana penambahan Rakyat dari China sejak projek Forest City dibangunkan.

Berdasarkan laporan semasa, projek yang dibangunkan Country Garden berkeluasan 20 ribu kilometer persegi ini sudahpun ditempat oleh 70% Rakyat China sepanjang tahun lalu.

Forbes
Sumber: gbplusamag

Difahamkan setakat ini pemaju Country Garden masih lagi belum memberi respon terhadap projek yang dibangunkan di Forest City bagi menampung 700,000 penduduk.

Buat anda yang berada sekitar Forest City, kongsikan bersama kami pendapat kami mengenai projek Forest City yang dibangunkan ini.

Sumber