Malaysia tidak akan memenuhi permintaan untuk mengekstradisi pelarian Uighur ke China dan akan membenarkan mereka masuk ke negara ketiga sekiranya  keselamatan mereka terancam, lapor Reuters.

Sejak ditahan secara paksa dan ditindas oleh kerajaan China, kebanyakan pelarian Uighur telah menjadikan Asia Tenggara sebagai transit sebelum menuju ke Turki.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Malaysia menghormati hak China dalam menguruskan hal ehwal negaranya sendiri, walaupun menyedari wujud penindasan terhadap kaum Uighur di sana.

“Oleh itu, jika ada pelarian Uighur yang melarikan diri ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan, Malaysia telah memutuskan untuk tidak mengekstradisi pelarian Uighur walaupun ada permintaan dari China,” kata Mohd Redzuan.

“Mereka diizinkan untuk pindah ke negara ketiga jika mereka takut dengan keselamatan mereka atau berpotensi menghadapi penganiayaan, di mana mereka merasa tidak akan mendapat perlindungan dan keadilan di negara asal mereka.”

Kenyataan Mohd Redzuan ini merupakan kali pertama Malaysia mengambil kedudukan yang jelas untuk tidak menghantar pulang pelarian Uighur ke China.

Pada bulan Oktober 2018, pihak berkuasa Malaysia membebaskan 11 pelarian Uighur dari tahanan dan menghantar mereka ke Turki, walaupun ada permintaan dari China untuk membawa mereka pulang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan sekurang-kurangnya 1 juta kaum Uighur – kebanyakan beragama Islam – telah ditahan dalam situasi yang digambarkan oleh kerajaan China sebagai “pusat latihan” untuk membasmi ekstremisme.

Terdahulu, COVID-19 yang menyerang dunia sejak akhir tahun lalu telah membuatkan pakar tertanya-tanya apakah nasib kaum muslim Uighur di kem tahanan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Coronavirus Dan Nasib Kaum Muslim Uighur Di Kem Tahanan Jadi Tanda Tanya

Wanita Uighur Dakwa Kerajaan China Jalankan Program ‘Rogol Secara Besar-Besaran’

Wanita Ini Dedah Kisah Kejam Di Sebalik Penahanan Kaum Muslim Uighur Di Xinjiang

Anda Mungkin Suka