Setelah menunda keluaran adidas YEEZY BOOST 700, adidas akhirnya mengumumkan kasut hasil tangan Kanye West bakal menemui peminat pada awal bulan September ini.

Ini merupakan kali ketiga peminat berpeluang untuk memiliki kasut ini setelah kasut ini dikeluarkan pada bulan November 2017 dan bulan Mac 2018. Kali ini adidas akan melancarkan sekali lagi pada 15 September 2018 secara serentak di seluruh dunia di laman storan adidas, YEEZY,YEEZY Supply dan di butik adidas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi malangnya kasut ini khabarnya tidak akan memasuki pasaran Malaysia namun masuk di negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Jika ada update terbaru model ini akan masuk ke pasaran Malaysia, pihak adidas Malaysia pasti akan buat pengumuman rasmi sebelum 15 September depan.

Kepada yang berminat, anda boleh membelinya dengan harga USD300 (RM1,243+-) menerusi plug anda di luar negara.

adidas-announces-yeezy-boost-700-restock-2

adidas-announces-yeezy-boost-700-restock-3

adidas-announces-yeezy-boost-700-restock-4