Nampaknya masa depan permainan FIFA di negara kita semakin cerah. Wakil dari Malaysia, Malaysia Tigers telah melakar sejarah di EA Champions Cup 2016 di China setelah berjaya merangkul tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai USD 30 ribu (lebih kurang RM122 ribu) !

fifa 2

Pasukan Malaysia Tigers tidak merupakan pasukan underdog kerana diundi bersama pasukan pilihan dari Korea, Team Adidas dan pasukan tuan rumah, TMT. Tetapi pasukan Malaysia Tigers berjaya mengalahkan pasukan TMT dan Indonesia Gold untuk mara ke peringkat seterusnya.

Di peringkat separuh akhir, mereka kalah di tangan pasukan TNP dari Thailand tetapi berjaya menempatkan diri di tempat ketiga setelah mengalahkan Vietnam Dragons. Team Adidas menjuarai kejohanan ini dan memenangi hadiah wang tunai USD150 ribu (lebih kurang RM611 ribu) !

Tahniah buat kapten Kent ‘RBxArroyos’ Liaw, Faiz “FavLain” Hariry, Vin ‘EMaster.Vin’ Chew dan Ahmad ‘Wintersss’ Nazreen; ahli pasukan Malaysia Tigers. Main game FIFA, biar jadi hebat macam mereka ini. Go Tigers!

msia fifa