Sejak dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak putus-putus menerima ucapan tahniah. Antara pemimpin pertama dunia yang mengucapkan tahniah ke atas kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri adalah Presiden Indonesia Joko Widodo.

Ucapan tahniah ini bukan sahaja datang dari bapak presiden Republik Indonesia, tetapi juga daripada rakyat tetangga yang teruja dengan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia. Melalui perkongsian seorang pengguna maya di Indonesia, difahamkan bahawa kata nama Malaysia dan PM Malaysia ‘trending’ di Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/KeeNand__/status/1595716993667121158

Melalui perkongsian Kienand Lauw di laman Twitter, beliau menulis bagaimana hubungan rapat diantara Anwar dan kumpulan politik di Indonesia bakal memberi kesan yang baik kepada hubungan dua negara jiran ini. Tambah beliau lagi, sebagai rakyat Indonesia, beliau juga tumpang bangga dengan pemilihan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

“Anwar Ibrahim sangat rapat dengan golongan elit politik di Indonesia, beliau juga kerap berkunjung ke Jakarta walaupun kedudukannya dalam pembangkang Malaysia, maka pemilihan beliau sebagai perdana menteri Malaysia akan sangat memihak kepada elit politik Indonesia.

https://twitter.com/KeeNand__/status/1595688360386797569

“Walaupun sebagai warga Indonesia, saya bangga kerana Datuk Sri Anwar Ibrahim terpilih sebagai PM Malaysia, mereka lebih bijak memilih siapa pemimpin mereka, tokoh reformis, saya harap pemilihan #DSAI akan membawa Malaysia ke arah yang lebih baik,” katanya dalam satu bebenang panjang yang ditulis pada 24 November 2022.

Hubungan Anwar dan Indonesia sebenarnya bukan asing. Beliau dikenali oleh rakyat kebanyakan dan rapat dengan beberapa tokoh-tokoh penting Indonesia seperti Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, presiden ketiga Republik Indonesia.

Kienand dalam ciapannya menyatakan bahawa kejayaan Anwar ini sebagai satu inspirasi kerana selepas 24 tahun, “masyarakat dan elit politik di Indo mengamati bagaimana perjuangan jatuh bangun Dato Seri Anwar Ibrahim demi tujuan mereformasi Malaysia hingga akhirnya saya melihat sendiri perjuangan @anwaribrahim tidak sia sia,” katanya.