Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh World Happiness Report 2019, Malaysia telah disenaraikan dalam kedudukan yang ke-80 daripada 156 buah negara yang menyertai senarai negara paling bahagia di dunia.

Kedudukan terbaru ini telah meletakkan Thailand dan Filipina sebagai pendahulu negara paling bahagia dunia pada tahun ini. Untuk pengetahuan, Malaysia berada di tangga ke-35 paling bahagia dunia pada tahun lalu sebelum turun ke tangga ke-80 pada tahun ini.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Dalam usaha memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat terjamin, Hari Kebahagiaan Sedunia telah dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2013 lalu dan akan disambut setiap 20 Mac pada setiap tahun.

Sumber: Pinterest

Menurut kajian yang dilakukan, Kuala Terengganu, Petaling Jaya dan Manjung menjadi antara 10 kawasan yang mencatat penduduk paling bahagia daripada 101 lokasi ditinjau di Malaysia.

Indeks kebahagiaan bagi setiap lokasi yang ditinjau diambil daripada 14 aspek utama kehidupan, termasuklah persekitaran yang bersih, komunikasi yang berkesan untuk menyelesaikan isu keselamatan, hubungan erat antara jiran dan pengurusan sampah dan sisa pepejal yang cekap.

Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia dan mendiami lokasi-lokasi yang mempunyai indeks kebahagiaan yang tinggi kerana dari situ, anda akan mempunyai keluarga yang harmoni dan bahagia.

Anda Mungkin Suka