Menang keatas pasukan Arab Saudi U23 1-0, membolehkan pasukan Malaysia U23 bimbingan Datuk Ong Kim Swee muncul sebagai naib juara kumpulan C seterusnya layak ke peringkat suku akhir kejohanan AFC U23 Championship 2018.

Gol Daniel Amir pada minit ke 28 separuh masa pertama berjaya dikekalkan sehingga tamat perlawanan walaupun terpaksa bertahan mengekang asakan bertali arus dari skuad Arab Saudi U23 dalam keadaan cuaca ekstrim di Kunshan, China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Match Result 3

Lawan Diperingkat Suku Akhir

Berdasarkan kedudukan yang telah ditetapkan, naib juara kumpulan C akan bertemu dengan Juara Kumpulan D yang terdiri daripada pasukan Australia, Korea Selatan, Vietnam dan Syria.

Semua pasukan dalam kumpulan D masih berpeluang untuk muncul 2 pasukan terbaik dan layak ke peringkat suku akhir dimana perlawanan terakhir esok adalah penentuannya.

Juara Kumpulan D akan bertemu Malaysia (suku akhir 4), manakala naib juara Kumpulan D pula akan bertemu Iraq (suku akhir 2), juara Kumpulan C.

Kedua-dua perlawanan suku akhir 2 dan 4 ini dijadualkan berlangsung pada 20 Januari 2018.

Komen Ketua Jurulatih Malaysia U23, Datuk Ong Kim Swee

Ini adalah satu keputusan yang baik, pemain-pemain saya menunjukkan keazaman serta kesungguhan yang tinggi seterusnya membawa pasukan ke peringkat suku akhir.

aHNpYnVocXAzMHFqYWk1Nnh5NXo=

Saya tidak mahu bercakap mengenai bagaimana kami bermain, kerana dalam situasi ini keputusan perlawanan adalah paling penting. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan perlawanan dan layak ke peringkat suku akhir.

Ini adalah sejarah buat kami dan pemain-pemain telah menunjukkan bahawa mereka adalah kumpulan pemain yang ‘boleh bermain’.

Daniel Teglia: Ketua Jurulatih Arab Saudi

1072791-1578798533

Saya rasa semua orang telah melihat bahawa Malaysia mencipta sedikit peluang menjaringkan gol dan mereka menggunakan satu peluang terbaik menjaringkan gol.

Kami tenang dalam permainan tetapi tidak mengambil peluang terhidang untuk mendapatkan gol.

Saya mengucapkan tahniah kepada Malaysia U23 dan selamat maju jaya diperingkat seterusnya.

Kami tidak melakukan apa yang perlu kami lakukan – menjaringkan gol. Ada kala pemain kelihatan ‘nervous’ dan banyak hantaran yang tidak menjadi. Kami tidak menggunakan masa yang ada sebaik mungkin.

Highlights Perlawanan Arab Saudi 0-1 Malaysia

Ikuti highlights perlawanan Arab Saudi bertemu Malaysia serta jaringan tunggal oleh Daniel Amier pada minit ke 28.