Oh kome, durian dah berbunge; antara lirik lagu Durian nyanyian Mr.Os . Ya anda tak salah baca kerana bertempat di Dataran Merdeka pada 29,30 dan 31 Julai depan akan berlangsungnya Malaysian Durian Fiesta 2016! Bagi kaki makan durian, anda kena block tarikh ini dan berkampung di Dataran Merdeka dan makan durian selama 3 hari. Kalau anda larat.

Malaysian Durian Fiesta 2016 ini adalah inisiatif dari FAMA dengan kerjasama Kementerian Pertanian Dan Asas Tani, DBKL dan Tourism Malaysia. Jadi apa yang best di Malaysian Durian Fiesta 2016 ini nanti? Memang banyak aktiviti yang akan berlangsung di festival durian ini dan ada 4 acara besar yang akan berlangsung di sana nanti.

233093048
HYPE
Idamkan Rekaan Rumah Yang Memukau, Ini Sebab Utama Anda Perlu Terjah Ke REX Expo
Baca lagi →

POSTER PROMO DURIAN FIESTA Small

1.Kendurian

Fuh, ini boleh kata acara kenduri untuk durian. Apa yang anda boleh buat di kendurian ini? Anda hanya perlu pilih, timbang, bayar dan makan. Menariknya adalah setiap durian akan dijual dengan harga 20% lebih murah dari harga pasaran. Awesome! Bukan itu sahaja, juadah traditional lempok juga akan dimasak untuk anda cuba. Produk makanan yang berasaskan durian juga turut akan dijual di Kendurian nanti.

2. Durian Hunt

Kalau anda suka aktiviti treasure hunt, ada Durian Hunt untuk anda sertai. Aktiviti treasure hunt ini akan bermula di Dataran Merdeka pada 30 Julai dan membuat pit stop di Raub, RTC Gopeng dan berakhir di Balik Pulau, Pulau Pinang. Hadiah menarik untuk pemenang pertama iaitu hadiah wang tunai bernilai RM10,000 !

3. Durian Run

Acaran santai larian 5KM ini akan membawa anda berlari sekitar Kuala Lumpur untuk melihat keindahan kota Kuala Lumpur menyusuri jalan KLCC, Menara Kuala Lumpur sebelum kembali ke Dataran Merdeka. Anda akan diberi masa 50 minit untuk habiskan larian dan selepas habis berlari, boleh terus join Kendurian! Dan ada hadiah cabutan bertuah untuk perserta dengan nilai hadiah RM4,500.

4. Durian Cylclethon

Kalau anda tak mahu berlari tetapi mahu berbasikal, jangan risau anda boleh sertai Cyclethon! Acara cyclethon ini fun sebab anda akan menyusuri jalan Kuala Lumpur sejauh 10km. Lagi fun sebab sebelum anda habiskan kayuhan, anda perlu berhenti di pit stop, makan durian dahulu baru boleh habiskan kayuhan. Sempoi! Sama juga seperti Durian Run, ada cabutan bertuah untuk peserta dengan nilai hadiah sehingga RM4,500.

Banyak juga aktiviti lain yang bakal berlangsung sepanjang 3 hari ini antaranya pertandingan makan buah durian, acara zumba, busking, jualan caravan tani dan demo masakan oleh chef celebrity, Jaafar Onn. Kalau ada abang Jaafar Onn, mesti seronok punya demo masakan itu nanti.

Durian Info

Jika anda hendak menyertai acara Durian Hunt, Durian Run dan Durian Cyclethon, anda boleh ke laman www.durianhunt.my untuk mendaftar. Kalau anda ada rakan dari luar yang teringin nak rasa durian ini, boleh la bawa mereka join Malaysian Durian Fiesta ini. Confirm puas hati!

Sementara nak tunggu minggu depan, kalau yang dah tak sabar , boleh dengar lagu Mr.Os ini dulu. Owh kome, durian udah luruh!

Anda Mungkin Suka