Bersempena dengan PRU14 yang bakal diadakan pada hari Rabu 9 Mei 2018 ini, Malindo Air baru-baru ini telah mengumumkan syarikat mereka telah menambah sebanyak 14 penerbangan domestik untuk menampung jumlah penampung untuk pulang mengundi.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, penerbangan tambahan yang ditawarkan bermula 8 Mei sehingga 10 Mei dimana para penumpang berpeluang menempah tiket secara atas talian, kaunter rasmi Malindo Air dan juga agen pelancongan di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malindo Air Boeing 737-900E (1)

Buat para penumpang yang bakal pulang mengundi di Kota Kinabalu dan Kuching, sebanyak 16 penerbangan bakal ditawarkan untuk menampung sebanyak 2,592 penumpang. Selain itu, sebanyak 10 penerbangan tambahan turut ditawarkan buat penumpang di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, syarikat ini turut menawarkan pengecualian bayaran untuk perubahan tarikh yang dibuat sebelum 10 April 2018 sempena PRU14. Sebuah inisiatif yang baik buat Malindo Air dalam memudahkan orang ramai pulang mengundi selain daripada meningkatkan pendapatan.

Sumber