Kehadiran wabak coronavirus jelas memberi kesan yang besar buat beberapa industri di dunia khususnya bidang penerbangan dan pelancongan.

Susulan wabak ini yang semakin serius dan berlarutan, Malindo Air pada hari ini telah mengarahkan kakitangan mereka untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 2 minggu selain daripada memotong gaji sebanyak 50%.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo, Mushafiz Mustafa Bakri, syarikat penerbangan ini terpaksa melakukan beberapa langkah untuk menhadapi kekurangan pendapatan dengan cara menggantung penerbangan, merayu kepada pembekal menangguhkan pembayaran serta meminta kakitangan mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela.

Malindo-Air-B737-cropped
Sumber: Rusada

Pihak mereka juga turut memaklumkan potongan gaji sehingga 50% terpaksa dilakukan buat beberapa bulan sehingga keadaan kembali normal.

Berdasarkan keputusan yang dibuat syarikat penerbangan ini, Malindo Air akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang melaksanakan potongan gaji para pekerja berikutan wabak coronavirus.

Sebelum ini, dilaporkan AirAsia bercadang untuk mengambil alih Malaysia Airlines daripada Khazanah Nasional.

AirAsia Cadang Ambil Alih Malaysia Airlines Daripada Khazanah Nasional

Laluan Udara Kuala Lumpur-Singapura Tersibuk Di Dunia