Jika sebelum ini orang ramai dikejutkan dengan berita penamatan perkhidmatan melibatkan juruterbang, jurutera serta kru kabin AirAsia, situasi yang hampir sama turut berlaku buat Malindo Air yang dilaporkan sedia menawarkan voluntary separation scheme (VSS) buat kesemua pekerja tetap dan kontrak.

Difahamkan penawaran VSS buat kesemua pekerja ini dibuat selepas Malindo Air gagal mendapatkan pinjaman dan jaminan daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk meneruskan operasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

278115

Menurut Lion Air Group, kesemua pekerja dengan kontrak selepas 31 Disember 2020 bakal ditawarkan VSS melihatkan kepada keadaan ekonomi semasa berikutan kehadiran wabak COVID-19.

Pihak Malindo Air juga sedia mengurangkan kos operasi sebanyak 50% dalam usaha untuk menjamin syarikat ini dapat terus beroperasi dalam tempoh yang panjang.

Untuk pengetahuan, Malindo Air pada bulan Mac lalu dilaporkan sudah mulai memotong 50% gaji para pekerja berikutan pandemik COVID-19. Melihatkan kepada ekonomi semasa, berkemungkinan industri penerbangan seluruh dunia memerlukan tempoh yang agak panjang sebelum industri ini dapat kembali beroperasi dengan rancak semula.

172 juruterbang, 111 kru kabin dan 50 jurutera AirAsia baru-baru ini telah ditamatkan perkhidmatan oleh AirAsia selepas syarikat ini sedia mengurangkan kos operasi. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

172 Juruterbang, 111 Kru Kabin Dan 50 Jurutera AirAsia Ditamatkan Perkhidmatan

Malindo Air Sedia Potong 50% Gaji Staf Berikutan Coronavirus