Boleh dikatakan bahawa terdapat banyak pusat membeli-belah di Johor yang memiliki keunikannya tersendiri. Terbaharu, Mall of Medini telah dibuka semula di Johor dan ini merupakan satu lagi pusat membeli-belah yang bakal menarik ramai pengunjung.

Untuk pengetahuan anda, Mall of Medini kini menampilkan penyewa-penyewa baharu seperti B.I.G, Starbucks dan sebagainya. Lokasinya yang strategik berdekatan dengan Taman Tema Legoland.

Sudah penat bersuka ria di Legoland, boleh singgah Mall of Medini untuk bersantai-santai dan boleh makan di restoran-restoran di sana. Lebih menarik, ‘Big Bang Celebration’ akan dianjurkan dimana terdapat pelbagai acara akan dianjurkan pada hujung minggu ini, 12 dan 13 Oktober 2019 pada jam 12pm – 10pm dan rugi jika anda tidak datang.

Kenapa kami katakan rugi? Anda akan rugi kerana bukan selalu anda dapat melihat persembahan mini teater, street circus, tarian singa dan sebagainya. Bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi anak-anak anda juga akan turut terhibur.

Persembahan-persembahan yang akan dipertontonkan adalah pertunjukan daripada komuniti setempat. Jika anda tidak memberi sokongan kepada mereka, siapa lagi mahu memberi sokongan. Betul?

72295126_2080616028706883_5264858898136825856_n

71407909_2080615852040234_3759178303441731584_n

71798413_1301356943403078_8526100090807386112_n

Jangan risau, masuk adalah percuma! Anda hanya perlu datang dan berhibur bersama keluarga anda. Tidak perlu berbelanja lebih hanya untuk membuat ahli keluarga anda tersenyum.

Jika anda ingin berkunjung hujung minggu ini, anda juga mungkin boleh berkunjung ke Taman Tema Hello Kitty sebelum ditutup sepenuhnya. Klik pautan di bawah untuk ketahui bila akan ditutup.

Hanya Beroperasi 7 Tahun, Taman Tema Hello Kitty Di Johor Bakal Ditutup Sepenuhnya

Taman Tema Tertutup Terbesar Asia Tenggara Bakal Dibuka Di Johor

‘Dinosaur Kingdom’ Tarikan Terbaru Di Puteri Harbour, Johor Bahru