Nama usahawan Carl Samsudin secara tiba-tiba menjadi sebutan netizen selepas sebuah video beliau ‘menasihati’ dengan nada yang biadab seorang warga emas tular di media sosial.

Video tular berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh Carl di Insta Stories akaun peribadi miliknya sebelum dipadam. Namun, pengikutnya video berkenaan sempat disimpan oleh pengikutnya.

“Masa muda dahulu, menyesal tak tidak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyesal tak banyak main? Korang bila tua nanti baru nak menyesal ke?” antara ‘nasihat’ yang keluar dari mulut Carl.

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, “God show me the way how I want to change my life”. Pernah tak? What if TODAY is the God send me?” tambah Carl.

Rata-rata netizen langsung tidak setuju dengan cara Carl bercakap yang seolah-olah memperkecilkan golongan yang hidup susah, lagi-lagi video itu dirakam di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

https://twitter.com/wahyuyordans/status/1420237566696067074

Pada ketika ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Carl Samsudin berkenaan insiden berkenaan. Walau apa pun niat sebenar Carl, hormatilah mereka yang lebih tua. Perlu diingat perjalanan hidup dan dugaan hidup setiap insan di dunia ini berbeza.

Ini beberapa isu lain yang tular di media sosial beberapa hari ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Lihat Siapa Di Depan?’ – Aktivis ‘Perlekeh’ Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

‘Jelas, Stabil Dan Tidak Masuk Campur’- Netizen Puji Skill Jurugambar Ini Rakam Video Pergaduhan

‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai