Terbaharu, pelakon Puteri Sarah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik satu hantaran mengenai anaknya.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story itu, Puteri Sarah terdiam apabila anak lelakinya mempersoalkan mengapa ayahnya, Syamsul Yusof sudah lama tidak pulang ke rumah, malah bertanya sama ada ayahnya berkahwin lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan anak lelakinya, Syaikhul yang berusia enam tahun itu.

Sementara itu, pelakon yang berusia 38 tahun itu turut bertanya kepada Syamsul bagaimana dirinya menjawab persoalan anaknya itu kerana mereka masih tidak tahu apa-apa.

“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni?

“Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak? Tidak! Kamu hanya fikir tentang nafsu, ikut kepala kamu sahaja,” tulisnya menerusi instastory.

“Ada terfikir tak kahwin lari dekat Siam tu nanti anak tanva nak jawab apa?,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sarah sempat berpesan kepada kaum lelaki iaitu sebelum perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar semula agama Islam untuk memikirkan kesan dan akibat berpoligami.

Sebelum ini, Syamsul pernah mengejutkan satu dunia apabila dia mengumumkan perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar di Thailand dan berwalikan ayahnya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Susulan daripada kenyataan tersebut, isteri pertamanya Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu.

Untuk makluman, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.