Walaupun filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan sebanyak RM38 juta, pihak penerbit dikhabarkan memberikan bonus yang sedikit dan tidak setimpal kepada para pelakon.

Berikutan isu bonus tidak setimpal yang disuarakan oleh Awie dan beberapa pelakon HKL lain, pengarah Mamat Khalid tampil memperjelaskan realiti industri filem tanah air.

Mamat Khalid memberitahu pihak Harian Metro bahawa benar filem tersebut mendapat kutipan yang banyak tapi ianya hanya gah pada pandangan mata sahaja. Realitinya, 50% daripada hasil kutipan filem tersebut disalurkan kepada pihak pempamer pada minggu pertama tayangan dan meningkat kepada 60% pada minggu kedua tayangan.

Mamat Khalid tidak mahu membuat sebarang komen tentang isu bonus HKL dan beliau memahami keadaan pihak pelakon dan penerbit. Mamat Khalid kini sedang terlibat dengan pengambaraan filem Rock 4: Quo Vadis Komer yang mungkin akan ditayangkan tahun hadapan.