Pernah tak sebelum ni anda rasa payah and malas nak iron baju sebab ambil masa yang lama? Iron yang dah sedia ada dekat rumah ni pula selalu sahaja buat hal. Suhu tak berapa nak panas lah, mudah terbakar lah, kadang-kadang tu rasa macam leceh betul.

Kalini, apa kata anda cuba invest untuk Steam Iron? Yang penting, ia lebih efektif dari iron biasa yang anda pernah guna. Jom kami kongsikan kelebihan lain yang ada pada Panasonic Iron Steam Generator ni!

Sangat berkualiti & mempunyai teknologi anti-calc

Kalau anda boleh tengok sendiri reka bentuk yang ada pada iron steam ni, sangat cantik kan! Ia juga mempunyai permukaan tapak yang licin, sistem pelarasan suhu automatik dan wapnya juga boleh dilaraskan.

Bukan itu saja, Panasonic Iron Steam Generator ini mempunyai teknologi anti-calc di mana fungsinya adalah untuk elakkan sebarang pembentukan kalkus serta kuasa wap yang rendah yang mana ia boleh menyebabkan kerosakan, dan juga melekat pada pakaian tu nanti!

Selain itu, iron steam ini sangat mudah dijaga dan diselenggara tau! Ini kerana, anda tidak perlu nak cuci bahagian boiler tu dengan kerap. Kapasiti air yang boleh diletak pun agak besar. Jadi, tak perlu lah anda nak tambah air setiap masa.

Peningkatan wap yang kuat & tahan lama

Selain itu, seterika ini juga mempunyai wap yang kuat dan berkuasa serta membuatkan masa pengewapan menjadi sangat lama.

Dengan itu, ia mudah untuk menghilangkan segala kedutan untuk setiap pakaian korang. Lepasni anda akan tampil dengan lebih yakin dengan kemasan yang anda dapat bila menggunakan Panasonic Iron Steam Generator.

Fabrik tak mudah terbakar sebab ada mod penjagaan optimum!

Selalu nya kalau nak guna iron ni, memang anda guna untuk pakaian atau fabrik yang biasa-biasa je kan? Tapi, dengan Panasonic Iron Steam Generator, anda boleh guna untuk cadar, kain meja dan juga fabrik tebal yang lain.

Ini kerana ia mempunyai mod penjagaan yang optimum dan ia dah disetkan tetapannya walaupun dalam suhu yang tinggi. Tak kiralah kain sutera, denim mahupun yang lain takkan membuatkan baju anda mudah terbakar.

Boleh bantu untuk membuang sehingga 99.99% bakteria pada pakaian!

Bila anda cuci baju, kemudian jemur ditengah panas dekat luar, mesti akan ada sedikit bakteria sebab baju anda dah terdedah dengan angin dan asap-asap luar. Jadi, cara paling mudah nak elak dari bakteria tu, guna je iron steam dari Panasonic ni.

Bukan apa, ia boleh bantu anda untuk membuang bakteria yang melekat pada pakaian sehingga 99.99% tau! Kiranya kebersihan tu lebih terjamin lah, memang power!

Memang berbaloi untuk dimiliki, jom dapatkan sekarang!

Lepasni bukan setakat ibu saja yang rasa nak iron baju setiap hari, anak-anak pun pasti rajin nak buat sendiri sebab senang nak guna dan paling penting boleh jimat masa. Paling menarik, anda siap boleh dapat iron board percuma tau kalau anda membuat pembelian sepanjang 2023 ni! Memang berbaloi sangat!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan Panasonic Iron Steam Generator ini di pasaran sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, anda boleh klik di SINI.