Ada segelintir pengguna jalan raya di Malaysia yang tidak bertanggungjawab kerana licik ‘mengelak’ daripada dikenakan tindakan undang-undang setelah melakukan kesalahan lalu-lintas.

Bagi mengesan pesalah-pesalah trafik ini, polis di negeri Johor telah menggunakan empat buah kamera pintar yang dikenali sebagai ICOPS di empat lokasi berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Empat kamera ICOPS yang kini digunakan di tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru Selatan dan Iskandar Puteri, manakala satu lagi kamera digunakan di lebuh raya.

“Penggunaan kamera ini dapat mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, waran tangkap, nombor pendaftaran palsu dan rekod jenayah kenderaan curi.

“Data kenderaan akan diperoleh melalui saringan nombor pendaftaran menerusi ICOPS yang kemudian dihubungkan dengan pangkalan data ICOPS JSPT,” kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay selepas Op Khas Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Skudai semalam.

Menurut beliau lagi, keempat-empat kamera tersebut sudah dibekalkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor sejak awal tahun ini.

Hasil operasi bersepadu yang dibuat bermula jam 8.30 pagi itu, sebanyak 93 saman telah dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 152 kenderaan perdagangan dalam tempoh tiga jam operasi dijalankan.

Operasi terbabit melibatkan 51 anggota terdiri daripada Unit Peronda Bukit Aman, Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Johor, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Sebelum ini Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mencuri tumpuan ramai apabila beliau menunjukkan kasut Nike Air Jordan X Dior semasa menunjukkan hasil rampasan dalam satu kes penipuan pelaburan mata wang asing dan kriptowang.

Laman Facebook Polis Johor Meriah Angkara Kasut Nike Air Jordan x Dior RM34,000

‘Saya Akan Porak Perandakan Semua Balai Polis Dan Hidup Tuan’ – Datuk Seri Ugut Polis Ditahan

Sumber