Kenderaan hidrogen agak kurang dibincangkan oleh orang ramai, memandangkan kini satu dunia fokus kepada penggunaan elektrik atau EV. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud penggunaan hidrogen kurang bermanfaat.

Baru-baru ini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melancarkan dua kenderaan hidrogen yang dibangunkan melalui pengubahsuaian terhadap kenderaan elektrik oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Sel Fuel UKM dengan kerjasama pihak industri.

Dalam pembangunan kedua-dua kenderaan tersebut, UKM telah berkerjasama dengan Petronas dalam penghasilan ‘UKM-FCH2B’, sebuah kereta golf. Bugi ini dikuasakan dengan sumber kuasa elektrik daripada bateri yang telah digantikan dengan sistem sel fuel untuk meningkatkan kecekapan pengoperasian. Ia juga boleh menjadi sebuah ‘power generator‘ sebesar 3000w untuk penggunaan peralatan elektrik.

Sumber Gambar: Facebook UKM
Sumber Gambar: Facebook UKM
Sumber Gambar: Facebook UKM

Manakala kenderaan SUV hibrid versi mini ‘UKM-FCH2HC’ pula adalah hasil kolaborasi dengan syarikat Myrenergy Sdn. Bhd yang boleh bergerak lebih jauh dari jarak perjalanan asal dengan dikuasakan oleh hibrid sel bahan api hidrogen dan bateri dengan nisbah 0.5 yang mana setiap sumber kuasa mampu mencapai kapasiti sehingga 10 kW.

Menurut Profesor Dr Siti Kartom Kamarudin dan Profesor Madya Dr Mohd Shahbudin Mastar dari Institut Sel Bahan Api UKM, projek ini bermula 15 tahun lalu dengan penyelidikan untuk membangunkan pemangkin dan membran berkualiti tinggi. Hanya dalam tiga tahun kebelakangan ini sahaja pasukan mereka dapat mengumpulkan semua komponen asas yang diperlukan untuk membangunkan jadi satu sistem kenderaan.

Menurut Profesor Madya Dr Mohd Shahbudin, antara kelebihan penggunaan tenaga hidrogen, ia cuma mengambil masa kurang tiga minit (bergantung pada tekanan) untuk isian semula berbanding kenderaan elektrik sepenuhnya yang memerlukan lapan jam untuk satu pengecasan penuh.

Tambah mereka lagi, mini SUV dan bugi tersebut hanya digunakan di dalam kawasan kampus pada kelajuan maksimum 60km/j sahaja dan mereka sedang membangunkan ‘generasi kedua’ kenderaan-kenderaan tersebut yang akan ditingkatkan kuasanya.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat kejayaan UTHM hasilkan dron kargo yang boleh menerbangkan beban seberat 200kg. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

UTHM Berjaya Cipta Rekod Hasilkan Dron Kargo Yang Mampu Angkat Beban Sehingga 200KG

Di Sebalik Kerjaya Pemandu Van Jenazah, Lelaki Ini Turut Hasilkan Dron Berharga RM60,000

Sumber