Di saat dunia bergelut dengan pandemik COVID-19, muncul pula kumpulan yang menjadi sindiket kepada penghasilan dokumen palsu dan pasport. Lebih menarik, kumpulan ini menawarkan servis buat siapa sahaja termasuk menghasilkan pasport palsu buat pelakon Hollywood terkenal iaitu Sylvester Stallone.

Walau bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah yang terjadi buat sindiket ini apabila empat warga negara Bulgaria yang daripada kumpulan ini ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam agenda jenayah terancang.

Berdasarkan laporan daripada Reuters, pihak pendakwa raya telah mengenakan dakwaan kepada empat suspek yang didapati mengedarkan dokumen rasmi palsu, selain wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Euro palsu di Bulgaria.

Apa yang membuatkan isu ini menjadi lebih besar adalah penawaran dokumen palsu kepada orang ramai yang secara tidak langsung membuatkan orang ramai rugi dan tertipu. Menggunakan gambar figura popular seperti Sylvester Stallone antara cara sindiket ini mempromosikan servis yang ditawarkan.

Setakat ini, kesemua suspek telah ditangkap pihak polis menerusi siasatan di 30 buah lokasi di serata Bulgaria hasil kerjasama Europol dan Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat.

Tidak hanya menghasilkan pasport, menerusi serbuan yang dibuat, pihak polis telah menjumpai wang palsu Euro dan dolar, kad pengenalan serta lesen memandu palsu Bulgaria.

Tular pada minggu ini apabila dua rakyat Malaysia di Guantanamo bakal dihadapkan ke mahkamah selepas 18 tahun ditahan tanpa bicara.

18 Tahun Ditahan Tanpa Bicara, Dua Rakyat Malaysia Di Guantanamo Bakal Dihadap Ke Mahkamah

Manusia Terkaya Di Dunia Elon Musk Mahu Sedekah RM400 Juta, Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Sumber