Lampu meja pintar membolehkan anda menyesuaikan pencahayaan anda untuk setiap keadaan. Bukan itu sahaja, ada yang datang bersama aplikasi bagi memudahkan lagi mengawal sejumlah ciri menarik menerusinya.

Anda mungkin mengalami kesukaran untuk membuat pilihan dek kerana tidak mengetahui spesifikasi atau pun bajet yang bersesuaian. Jadi, kami kongsikan lima pilihan lampu meja pintar yang boleh dipertimbangkan.

Baca Juga:

1. AUKEY RGB LED Table Lamp

Sumber Gambar: Shopee

AUKEY RGB LED Table Lamp ini merupakan pilihan ramai pengguna untuk memudahkan kehidupan seharian. Hal ini kerana lampu AUKEY mempunyai ciri kawalan suara seperti Alexa Echo atau Google Home Assistant untuk mengubah mod lampu atau tahap kecerahan.

Bukan itu sahaja, anda boleh melakukan pelbagai tetapan seperti kecerahan, warna lampu dan juga tempoh penggunaan menerusi aplikasi khas yang mesra pengguna. Rekaannya juga tampak premium dan tahan lasak untuk kegunaan tempoh panjang.

Kini anda boleh dapatkan AUKEY RGB LED Table Lamp di Shopee dan Lazada pada harga RM99.

Beli Sekarang AUKEY RGB LED Table Lamp Di Shopee

Beli Sekarang AUKEY RGB LED Table Lamp Di Lazada

2. Baseus Smart Eye Series Desk Lamp

lampu meja pintar
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda boleh mencuba lampu meja keluaran Baseus kerana mempunyai binaan yang premium berserta beberapa ciri pintar padanya.  Lampu ini mempunyai ciri adaptif yang boleh mengesan dan menyesuaikan pencahayaan mengikut persekitaran secara automatik.

Malah, ia hadir dengan fungsi ingatan yang mana boleh mengekalkan mod dan tahap kecerahan kali terakhir digunakan. Bukan itu sahaja, lampu ini boleh dilipat sekaligus boleh disimpan dengan mudah atau di bawa ke mana-mana.

Kini anda boleh dapatkan lampu pintar keluaran Baseus dengan harga RM124.90 menerusi Shopee atau di Lazada berharga RM118.

Beli Sekarang Baseus Smart Eye Series Desk Lamp Di Shopee

Beli Sekarang Baseus Smart Eye Series Desk Lamp Di Lazada 

3. Xiaomi Mi Smart Lamp

lampu meja pintar
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, Xiaomi juga menawarkan sebuah lampu meja pintar yang mantap pada harga mampu milik. Selain rekaan yang minimalis, lampu ini juga dilengkapi dengan ciri pintar kawalan suara yang boleh mengawal kecerahan atau pun beberapa mod lain.

Terdapat juga aplikasi khusus yang boleh diakses menerusi pelbagai peranti untuk membuat tetapan dan banyak lagi. Lampu ini mempunyai kecerahan maksimum sehingga 400 lumen atau kurang daripada 3 lumens sebagai cahaya tambahan sewaktu tidur.

Anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Smart Lamp ini dengan harga RM129 menerusi Shopee atau di Lazada dengan harga RM139.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Smart Lamp Di Shopee

Beli Sekarang Xiaomi Mi Smart Lamp Di Lazada

4. Govee Aura Smart Table

lampu meja pintar
Sumber Gambar: Lazada

Govee Aura Smart Table merupakan sebuah lampu yang lengkap dengan pelbagai fungsi kerana mempunyai sokongan mikrofon dan juga ciri pintar. Lampu Govee tampil dengan lebih 16 juta pilihan warna vibran yang boleh menerangi ruangan anda dengan baik.

Seperti lampu yang lain, ia hadir dengan sokongan aplikasi dan juga arahan suara untuk mengubah warna lampu, mematikan lampu atau mengawal kecerahan cahaya.Menariknya, lampu ini mempunyai ciri istimewa iaitu memainkan lagu menerusi sambungan Wi-Fi.

Govee Aura Smart Table ini sedia ditawarkan pada harga RM359 menerusi Lazada.

Beli Sekarang Govee Aura Smart Table Di Lazada

5. Yeelight Eye Lamp Pro

Sumber Gambar: Lazada

Yeelight Eye Lamp Pro ini menggunakan teknologi SunLike yang boleh melindungi mata pengguna. Cahaya yang lampu ini hasilkan adalah hampir sama dengan cahaya semula jadi, maka cahaya yang dipancarkan memberi keselesaan pengguna.

Lampu meja ini mempunyai satu pemberat di bawah yang juga mempunyai kawalan sesentuh untuk melaras kecerahan lampu. Selain itu, lampu Yeelight ini hadir dengan aplikasi pintar dan kawalan suara untuk membuat tetapan dengan mudah menerusinya.

Anda boleh dapatkan lampu pintar serba premium ini pada harga RM599 di Lazada.

Beli Sekarang Yeelight Eye Lamp Pro Di Lazada

Secara peribadinya, Goove Aura Smart Table ini memang pilihan terbaik kerana tampil dengan sejumlah ciri pintar menarik di samping rekaan premium. Malah, ramai pengguna memberi rating yang positif terhadap produk ini menerusi pelbagai platform.

Kini anda juga boleh memiliki sebuah lampu meja pintar yang serba guna untuk memudahkan kehidupan seharian. Anda kini boleh membeli model lampu yang bersesuaian dengan bajet dan fungsi yang dimahukan.

Sumber