Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Awal tahun ini telah menyaksikan jenama nombor 1 Malaysia iaitu Xiaomi melancarkan Redmi Note 11 series yang sekaligus berjaya menjadi pilihan ramai menerusi spesifikasi yang hebat yang ditawarkan.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, siri yang dilabel sebagai ‘Midrange King’ ini turut hadir dengan harga mampu milik membuatkan Redmi Note 11 series jadi rebutan sehingga kini.

Lebih membuatkan orang ramai teruja, Xiaomi pada kali ini turut hadir memperkenalkan Redmi Note 11 Series Bonanza yang membolehkan anda meraih baucar sehingga RM5,000 seminggu. Serius lumayan! Sebelum itu, ayuh kita ketahui terlebih dahulu mengapa model ini berjaya menjadi pilihan ramai.

Dilengkapi paparan FHD+ AMOLED DotDisplay

Untuk pengetahuan, model ini hadir dengan 4 pilihan model yang terdiri daripada Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan juga Redmi Note 11. Kesemua model ini masing-masing berjaya menjadi pilihan pengguna menerusi spesifikasi serta tawaran yang ditawarkan.

Dalam mendapatkan sesebuah telefon pintar, sudah pastinya skrin dan paparan antara yang menjadi aspek utama. Penawaran skrin yang jelas dan terang pastinya membuatkan pengalaman penggunaan sesebuah telefon pintar lebih menarik.

Menerusi Redmi Note 11 series, skrin yang ditawarkan adalah bersaiz 6.67-inci dan 6.43-inci beserta paparan FHD+ AMOLED DotDisplay beserta DCI-P3 wide color gamut yang mampu menawarkan warna yang lebih menyerlah daripada skrin telefon pintar pengguna.

Mengulas dari segi refresh rate, model ini berjaya dilengkapkan dengan refresh rate sehingga 120Hz manakala touch sampling rate pula berjaya mencapai 360Hz.

Pengguna juga tidak perlu risau untuk menggunakan model ini pada keadaan cahaya terang atau di bawah terik matahari kerana turut dibekalkan dengan paparan mencecah 1200 nits. Serius menarik!

Rekaan flat-edge body design yang memukau

Sekali pandang, Redmi Note 11 series sememangnya seakan telefon pintar premium. Rekaan yang moden antara yang membuatkan model ini menyerlah.

Bukan itu sahaja, model ini turut hadir dengan flat-edge body design beserta speaker dual super linear yang mampu menawarkan output bunyi pada bahagian atas dan bawah.

Penawaran ini pastinya memberi keseronokan berganda khususnya buat anda yang kerap menggunakan telefon pintar bagi tujuan bermain game atau menonton siri atau filem menerusi aplikasi penstriman.

Penggunaan processor yang pantas untuk memudahkan multitasking

Processor yang pantas serta bebas daripada lagging pastinya bakal membantu untuk anda menggunakan telefon pintar dengan lancar bagi urusan seharian.

Menerusi Redmi Note 11 Series, anda pasti tidak lagi risau mengenai masalah lagging dengan penggunaan processor Snapdragon® 695 advanced octa-core bagi model Redmi Note 11 Pro 5G. Cipset ini turut ditawarkan bersama penyambungan 5G dalam menjamin prestasi yang pantas dan smooth.

Model Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S juga tidak kurang hebatnya dengan penggunaan processor MediaTek Helio G96 advanced octa-core beserta RAM sehingga 8GB. Bermain game atau multitasking menersi Redmi Note 11 Series pastinya bukan lagi halangan.

Redmi Note 11 pula dilengkapi Snapdragon® 680 processor direka dengan flagship-level 6nm process khusus untuk prestasi yang mantap dan menjimatkan tenaga penggunaan pada masa yang sama.

Pengecasan penuh dari kurang 1 jam

Kesemua 4 peranti Redmi Note 11 series dilengkapi 5,000mAh kapisiti batteri. Hal ini membolehkan peranti ini dapat digunakan untuk sehari penggunaan menerusi satu pengecasan penuh tanpa sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro series pastinya bakal menjimatkan masa anda dengan penawaran 67W turbo charging buat yang membolehkan pengecasan sehingga 50% dalam tempoh sepantas 15 minit sahaja. Serius laju!

Bagi model Redmi Note 11S and Redmi Note 11 pula, model-model ini hadir dengan 33W Pro fast charging yang membolehkan pengecasan penuh dalam masa sekitar 1 jam sahaja.

Dilengkapi kamera dengan sensor 108-megapixel

Tidak sah rasanya sekiranya dilabel Midrange King namun tidak menguasai bahagian kamera. Meskipun berjaya menawarkan paparan yang terang dan jelas dengan refresh rate 120Hz, spesifikasi yang serba lengkap dan juga pengecasan pantas, model ini nampaknya turut tidak mengabaikan bahagian kamera.

Menerusi Redmi Note 11 series, kesemua empat-empat model ini berjaya dilengkapi dengan sensor Samsung HM2 108-megapixel yang turut hadir dengan teknologi dual native ISO.

Penggunaan sensor ini bakal menawarkan pencahayaan yang terang dan jelas meskipun mengambil gambar pada waktu malap. Dalam erti kata lain, mengambil gambar yang jelas atau jarak jauh bukan lagi masalah buat pengguna meskipun hadir dengan harga mampu milik.

Oh ya, model ini juga pastinya menjadi pilihan buat mereka yang gemar selfie kerana berjaya dilengkapkan dengan kamera 16-megapixel. Pastinya gambar selfie anda akan kelihatan lebih jelas dan tampak natural selepas ini.

Harga yang mampu milik dan berbaloi

Kami yakin anda pastinya cukup teruja untuk mendapatkan Redmi Note 11 series. Bukan sahaja dilengkapi spesifikasi yang hebat baik dari segi processor, paparan dan kamera malah turut menawarkan pengecasan pantas.

Menariknya, model serba lengkap ini sedia untuk didapatkan dengan harga yang sangat mampu milik dan berbaloi. Berikut merupakan keempat-empat model bagi Redmi Note 11 Series.

Redmi Note 11 Pro 5G , 8GB + 128GB: RM 1,299
Redmi Note 11 Pro, 8GB + 128GB: RM 1,149
Redmi Note 11S, 8GB + 128GB: RM 999
Redmi Note 11, 6GB + 128GB: RM 849

Peluang menang RM5,000 sempena Redmi Note 11 Series Bonanza

Apa yang perlu anda lakukan untuk dapatkan sertai Redmi Note 11 Series Bonanza bagi memenangi baucar RM5,000 hanyalah dapatkan mana-mana model Redmi Note 11 Series menerusi Kedai Sah Xiaomi sahaja.

Peraduan yang berlangsung dari 14 November sehingga 31 Disember 2022 ini membuka peluang buat para pembeli meraih sehingga RM5,000 seminggu di mana tiga pemenang bertuah bakal dipilih setiap minggu.

Apa tunggu lagi? Sekiranya anda mahukan telefon pintar dengan spesifikasi serba lengkap, kamera yang mantap serta hadir dengan fungsi pengecasan pantas, Redmi Note 11 Series adalah jawapannya. Mungkin ini peluang anda untuk meraih wang lumayan daripada Xiaomi.