Di saat media sosial kecoh dengan isu segelintir artis yang meminta bantuan khas untuk mengharungi situasi COVID-19 sekarang, lain pula yang dilakukan oleh pelawak tanah air Man Raja Lawak.

Man Raja Lawak atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim dalam satu kiriman di Instagram-nya pada semalam mengumumkan akan mendermakan wang tunai sebanyak RM50,000 kepada mereka yang terkesan dengan situasi sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B-Y8WWelNpq/

Wang tunai itu menurut Man adalah merupakan hasil daripada hadiah kemenangan beliau dalam pertandingan realiti Maharaja Lawak Mega sebelum ini.

Beliau sebelum ini menyertai pertanding itu bersama dengan Kumpulan Puteh yang turut disertai lagi dua pelawak Ali dan Mamak pada tahun lalu.

Man bagaimanapun menjelaskan bantuan itu akan dinilai terlebih dahulu oleh pihaknya dan akan diberikan kepada mereka yang layak sahaja.

Beliau juga pada masa sama mengingatkan agar mereka yang ingin memohon bantuan itu agar hanya menghubunginya melalui Instagram sahaja dan bukan saluran lain.

“Sekarang ni Facebook, Whatsapp, dan call masuk tak henti-henti sejak tersebar cerita saya.

“Saya kena teliti dan pastikan anda benar-benar layak baru saya akan transfer- sama ada cepat atau lambat dan tidak semestinya ikut amaun yang anda minta,” tulisnya dalam kiriman di Instagram.

Jual kereta dan motor tambah nilai sumbangan

Dek kerana permohonan yang terlalu tinggi itu juga, Man dalam satu kirimannya lain turut berkorban untuk menjual motosikal dan kereta miliknya bagi menambah jumlah sumbangan yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan itu.

photo_2020-04-02_12-33-38 photo_2020-04-02_12-33-36

“Dalam saat-saat genting begini, saya menyeru mana-mana pihak yang masih ada tunai, tolonglah beli motorsikal dan kereta saya untuk menambahkan jumlah sumbangan saya.

“Sesiapa berminat boleh DM saya, nak jual dengan harga mampu milik,” kongsi beliau.

Artis tempatan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila terdapat sebahagian daripada mereka yang dikatakan memohon bantuan khas daripada kerajaan berikutan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Netizen ‘Salah Faham’ Kenyataan Artis Rayu Bantuan Khas COVID-19?

Video Muzik Terbaru Achey Dan Fad Buatkan Peminat Rindu Arwah Abam

Netflix Rendahkan Kualiti Video Di Malaysia Sepanjang April