Sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan sebuah tempat yang sangat sesak dan sibuk iaitu Kuala Lumpur tiba-tiba sunyi tanpa kelibat orang pada siang hari tersebut turut mengejutkan netizen.

Video yang dikongsikan di laman TikTok tersebut membuatkan netizen tertanya-tanya bagaimana tempat yang sentiasa sesak itu boleh menjadi begitu sunyi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@harzachvfx

Mana semua orang?

♬ original sound – AkuKeseorangan – 𝗛𝗮𝗿𝗭𝗮𝗰𝗵

Menerusi ruangan komen TikTok @akukeseorangan, rata-rata netizen menulis komen berseloroh antaranya seorang pengguna TikTok mengatakan kejadian seperti ini biasa dilihat di surau atau masjid pada waktu Subuh.

“Semua ada dekat belakang abang tu. tengok la belakang lain kali,” tulis seorang lagi warganet di TikTok .

Sementara di akaun Twitter @IANZAINAL, tidak terlepas segelintir netizen percaya video itu dirakam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu kerana sekitar Bukit Bintang memang lengang ketika itu.

Namun netizen lain menolak andaian itu kerana terdapat sebuah kereta Myvi facelift dalam video tersebut di mana model itu masih belum dilancarkan oleh Perodua semasa PKP.

“Dia shoot pukul 3 pagi ni. Lepas itu dia tinggikan brightness pada kameranya supaya nampak macam di siang hari,” kata salah seorang pengguna Twitter.

Melihat kepada video lain yang dimuatnaik oleh pencipta kandungan tersebut, besar kemungkinan ia telah disunting dengan sangat teliti oleh @akukeseorangan sehingga nampak seperti ia benar-benar berlaku.

Bukit Bintang juga pernah ‘kosong’ seperti ini dalam filem Desolasi, filem cereka sains misteri Malaysia 2016 yang ditulis dan diarahkan oleh Syafiq Yusof. Selain dari masa PKP, agak sukar untuk lihat bandar Kuala Lumpur sepi tanpa manusia.