Sebut sahaja kerja di offshore pasti ramai sudah terbanyang kerja yang memiliki cabaran tetapi menjanjikan pulangan wang tunai yang lumayan. Mesti ada daripada anda yang ingin ketahui pengalaman bekerja di offshore.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Nabila Mohd Saifullah telah berkongsi kehidupannya di offshore dan apa yang anda boleh jangkakan serta sebaliknya. Untuk pengetahuan anda, beliau kongsikan pendapat dan pengalamannya sebagai kontraktor wanita selama 3 tahun. Ayuh ikuti perkongsiannya!

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

Hari ni, sis nak share sikit on my offshore life. What to expect and what not. 1. Dekat offshore, banyak company…

Posted by Nabila Mohd Saifullah on Monday, 20 July 2020

Dekat offshore, banyak syarikat dengan kerja dan pangkat masing-masing. Kalau anda adalah klien, kebiasaannya 2 minggu offshore. Bagi pangkat seperti saya iaitu kontraktor selalunya 42 hari maksimum tetapi saya pernah sampai 60 hari offshore.

Mandi air karat sudah menjadi kebiasaan. Jika dahulu rambut saya panjang mengurai tetapi saya terpaksa potong rambut pendek. Mana tidaknya, setiap kali sebelum mob, saya akan pergi ke kedai rambut untuk basuh dan blow rambut, tetapi selepas 42 hari balik ke darat, rambut kusut semacam. Maka, saya mengambil keputusan untuk potong sahaja rambut.

Walaupun makan 6 kali sehari, janganlah anda ingat bahawa anda akan dihidangkan hidangan 5 bintang kerana makanan biasa-biasa sahaja cukup sekadar mengenyangkan perut. Melainkan anda stay LQ,  client workboat atau rig kerana akan disajikan makanan yang sedap.

115822919_1148354288871898_3625715044790935608_n

Anda akan menghadapi situasi minum air masin sekali sekala dalam hidup. Walaupun ada penapis air, tetapi masih dapat merasa air masin. Nak tak nak terpaksa minum. Kebiasaannya, saya akan bawa beberapa botol air mineral dan jika terpaksa barula minta simpati daripada klien, dapatlah 2 atau 3 botol.

Bawalah kudap-kudapan apabila anda disuruh mob. Makan memang ada tetapi selalunya tiada kudap-kudapan onboard. Jadi bawalah sendiri dan kudap-kudap paling ‘hit’ adalah kuaci. Kalau nak makan tapi tidak ada, maka bersistem barter.

Pack light kerana laundry dua kali sehari. Jadi, anda tidak perlu bawa pakaian yang banyak. Paling utama, bawa stoking lebih kerana kes kehilangan stoking kerap terjadi. Siapa cakap tidak boleh pakai makeup dekat laut? Saya pakai sahaja siap ikuti skincare routine setiap hari walaupun mandi air karat.

Bagi wanita, memang disediakan bilik sendiri dan biasanya saya bersihkan bilik sendiri dan tandas. Tiada jaringan rangkaian melainkan platform dekat dengan shore. Jika jauh memang tiada dan jaringan rangkaian yang ada pula Celcom dan Maxis sahaja yang ada.

Wifi kongsi beramai-ramai, maka memang perlahan. Jadi, muat turun filem atau sebarang hiburan sebelum mob, barulah ada benda untuk ditonton kerana kebiasaanya TV kena conquer dengan pakcik-pakcik. Hormatilah mereka.

115909650_1400152940374206_3302192357071651135_n

Nak balik darat? Kena tunggu next available FCB. FCB ialah fast crew boat. Anda kena tempah dahulu baru boleh balik. Pastikan sudah ada crew change melainkan anda balik 2 hari sahaja. Perkara ini terjadi jika tiada cc dan anda kena set day jadi hari pertama balik. Client requirement, tidak boleh tinggal lebih daripada 42 hari. Fatigue management.

Ketika anda baru sampai ke kapal, semua orang akan membantu anda angkat barang. Bila masa demob, anda ditinggalkan mengangkat beg sendiri. Ini khas untuk perempuan.

Tidak susah pun kerja offshore, janji anda bukan kategori nak 24 jam video call, nak tengok astro, wifi mesti laju dan makan mesti mewah. Cuma untuk certain trade memang penat terutama sekali golongan direct crew.

Adakah ada daripada anda yang ingin kerja offshore selepas baca perkongsian ini terutama sekali wanita?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel pengalaman pekerja ‘offshore’ pada pautan di bawah ini.

Pengalaman ‘Rare’ Aku Dihantar Bekerja Di Platform Minyak Di ‘Offshore’ Rusia

Gaji Tinggi Setiap Bulan, Ini Realiti Sebenar Pekerja ‘Offshore’ Yang Ramai Tidak Tahu

Anda Mungkin Suka