Inisiatif kanak-kanak berusia 9 tahun dari Seremban, Nur Afia Qistina Zamzuri membantu keluarganya menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas kesihatan mula mencuri tumpuan dunia minggu ini.

Kisah Nur Afia menyediakan PPE untuk petugas kesihatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah itu mula dilaporkan di agensi berita Reuters dan kemudiannya diulang siar di laman-laman berita terkenal dunia seperti South China Morning Post.

reuters

Terdahulu, inisiatif yang dilakukan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu sebelum ini sudah pun dilaporka di portal-portal berita tempatan seperti Harian Metro antaranya.

Dalam temu bual yang disiarkan sebelum ini, Nur Afia menurut ibunya sudah mula menunjukkan minat untuk menjahit ketika berusia seawal lima tahun lagi. Dan berbeza dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya, beliau kali ini memutuskan untuk membantu keluarganya dalam menyiapkan PPE di tengah-tengah pandemik COVID-19.

IMG_5290_1587510028
FOTO Ihsan Hasna Hud, Harian Metro

“Apabila saya mendapat tahu ada pihak ingin mendapatkan bantuan daripada tukang jahit untuk membuat PPE, saya memaklumkan kepada Nur Afia Qistina dan dia teruja untuk membantu sama.

“Memandangkan dia sudah pandai mengendalikan mesin jahit, jadi saya tidak perlu risau dengan hasil kerjanya kerana sebelum ini dia juga mencari wang saku lebih ke sekolah menerusi aktiviti menjahit sehingga mampu membeli telefon bimbit dan basikal dengan wang sendiri,” katanya.

Nur Afia Qistina yang merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut bagaimanapun tidak bersendirian dalam membantu ibu dan bapanya menyiapkan PPE apabila turut disertai adiknya Nur Ariana Qistina berusia empat tahun memotong lebihan benang dan adik bongsunya, Zyrill Isyraff berusia dua menyusun getah.

IMG_5299_1587510017
FOTO Ihsan Hasna Hud, Harian Metro

“Walaupun mereka seronok membuat aktiviti ini, tetapi saya dan suami pastikan anak-anak perlu menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran terlebih dahulu kerana kami tidak mahu mereka mengetepikan tugas hakiki sebagai murid sekolah.

“Jadi pada sebelah petang dalam tempoh PKP ini bermula Isnin hingga Jumaat, menyiapkan PPE adalah aktiviti riadah memandangkan kedudukan rumah jauh dengan jiran lain, tidaklah anak-anak bosan kerana tidak dapat keluar rumah. Hujung minggu pula dari pagi hingga petang,” katanya.

Situasi COVID-19 menyaksikan hampir segenap masyarakat tampil menghulurkan bantuan demi menghadapi wabak ini sebagai satu negara. Baca perkongsian lain kami mengenai usaha dan inisiatif yang dilakukan sebelum ini di bawah. 

Komuniti Percetakan 3D Bantu Cipta ‘Face Shield’ Buat Petugas Barisan Hadapan

Netizen Terharu Petronas Sumbang RM20 Juta Untuk Hadapi COVID-19

Minta Dahulukan Masyarakat, Netizen Gesa Henti Hantar Makanan Ke Hospital