Tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berlangsung sejak 18 Mac lalu digunakan sebaik mungkin oleh pelakon Siti Elizad apabila beliau berjaya khatam Al-Quran beberapa hari sebelum tibanya Ramadan.

Kejayaan memanfaatkan tempoh PKP dengan aktiviti bermanfaat itu dikongsikan sendiri pelakon Mael Lambung dan Kampung Kuala Lambat itu melalui hantaran di laman Instagramnya pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun masih mempraktikkan amalan bekerja dari rumah atau WFH, namun beliau menjelaskan masih mampu untuk meluangkan masa beliau untuk menamatkan bacaan yang dimulakannya sebelum ini.

“Alhamdullillah , saya berpeluang untuk khatam al-Quran utk musim PKP  sambil WFH.

“Inshaallah esok boleh mula yang baru pula utk Ramadan tahun ini,” kongsi beliau.

Perkongsian yang dibuat Siti Elizad itu kemudiannya mendapat lebih 40,000 sukaan dengan rata-rata netizen memuji pencapaiannya itu.

Malah seorang pengguna Instagram, @maya.ciksederhana2 berkata beliau terinspirasi dengan tindakan pelakon tersebut.

“Alhamdulillah. Kita waktu PKP, separuh al-Quran pun belum sampai lagi.

“Rasa termotivasi baca caption Ejad ini, harapnya dalam masa sebulan ini dapat khatam la,” tulisnya.

Manakala seorang lagi pengguna turut berkongsi menyimpan hajat yang sama untuk khatam al-Quran sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Kita sama la sis…saya pun dapat khatam kan tadi sebelum menjelang Ramadan, nanti nak mula semula.

“Semoga kita dapat habis kan ya ramadhan ni pula,” kongsi @hajarhennabeauty_muar.

Pelaksanaan PKP ketika ini secara tidak langsung memberi ruang kepada semua untuk melakukan lebih banyak aktiviti di rumah berbanding kebiasaan. Baca perkongsian kami mengenai pelbagai resipi yang boleh dicuba bersama keluarga sempena ketibaan Ramadan kali ini. 

Lebih 12K ‘Shares’, Ini Resipi Roti Mexican Ala Roti Boy Yang Gebu Dan Lazat

IKEA Dedah Resipi Rahsia ‘Swedish Meatballs’ Lazat Yang Pasti Buat Anda Teruja

Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’