Manga Art Hotel yang terletak di Jepun ini tampil dengan ciri yang unik. Anda berpeluang untuk membaca lebih dari 3000 koleksi komik atau dikenali sebagai manga jika anda bermalam disini.

Menjadi keunikan hotel ini adalah ia menyediakan koleksi manga untuk tetamu yang menginap di hotel tersebut. Hotel ini tampil dengan dua tingkat dimana setiap tingkat dibahagikan mengikut jantina dan sebanyak 35 kapsul bilik tersedia di sini. Jika dilihat, rekaan dalaman hotel ini akan membuat anda seperti tidur dalam perpustakaan berikutan ia dipenuhi dengan rak buku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga untuk penginapan ini bermula dariĀ 4,800 yen (~RM179) untuk satu malam dan anda boleh membuat tempahan disini. Pastinya anda yang ingin merasai kelainan bermalam di hotel sambil berpeluang membaca pelbagai koleksi Manga bolehlah menginap di hotel ini.

mangahotel:vckt

mangahotel:vckt2

mangahotel:vckt3

mangahotel:vckt4

mangahotel:vckt5