Mangala Resort & Spa merupakan sebuah lagi resort yang wajib anda kunjungi di Malaysia. Baru sahaja dibuka pada Disember tahun lalu, resort ini terletak di daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur. Menariknya di Mangala Resort & Spa ini, ia menggabungkan privasi, ketenangan serta unsur kemewahan buat para tetamu yang menginap di situ. Jadi, bolehlah anda menikmati percutian dengan sepuas-puasnya di sana kelak.

Mangala Resort & Spa (28)
Pemandangan di sekitar resort.

Untuk makluman anda, Mangala Resort & Spa ini menawarkan tiga jenis penginapan villa buat para tetamu. Sebagai tetamu, anda boleh memilih jenis-jenis villa yang bersesuaian dengan kehendak serta keperluan anda seperti Jala Villa, Vana Villa dan Sara Cottages.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oh ya, Mangala Resort & Spa turut menawarkan kolam renang peribadi untuk para tetamunya. Kolam renang peribadi ini hanya disediakan untuk villa-villa tertentu seperti di rangkaian Vana Villa. Semestinya, dengan kolam renang peribadi yang disediakan, anda dapat menikmati ruang privasi tersendiri tanpa diganggu oleh pengunjung yang lain.

Mangala Resort & Spa (35)
Jenis-jenis villa di Mangala Resort & Spa.
Mangala Resort & Spa (14)
Pemandangan villa.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan oleh tetamu yang menginap di resort tersebut. Percayalah, masa lapang anda akan terisi dengan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada tubuh serta fikiran anda. Jujur kami katakan, di resort inilah tempat untuk ada release stress daripada segala belenggu permasalahan dunia.

Antara aktiviti yang dapat dilakukan oleh para tetamu di Mangala Resort & Spa adalah:

  • Memanah
  • Berbasikal
  • Jungle trekking
  • Berjoging
  • Bermain golf
  • Melihat burung
  • Berkayak
  • Menunggang kuda
  • Mountain biking
  • Permainan papan

Tidak ketinggalan, terdapat juga aktiviti lawatan selama setengah hari atau sepanjang hari ke lokasi-lokasi berikut:

  • Pasar malam
  • Zoo Teruntum
  • Melawat Kuil Wan Fo Tien
  • Tempat perlindungan penyu
  • Melayari sungai
  • Muzium tokoh
  • Tempat buatan batik asli
  • Perkampungan orang asli
  • Pasar ikan Beserah Masin
  • Pusat tenunan Pekan
  • Berkelah di air terjun
  • Mendaki dan menjelajahi Gua Charas
  • Melawat pusat perlombongan Sungai Lembing
  • Santuari gajah Kuala Gandah
Mangala Resort & Spa (26)
Reka bentuk dalaman villa.
Mangala Resort & Spa (31)
Susun atur perabot di dalam villa.

 

Mangala Resort & Spa (21)
Terdapat juga villa yang disediakan balkoni menghadap pemandangan indah.
Mangala Resort & Spa (23)
Bath tub di luar villa.
Mangala Resort & Spa (24)
Kolam renang peribadi.
Mangala Resort & Spa (27)
Ruang pantry.
Mangala Resort & Spa (30)
Ruang bilik air.
Mangala Resort & Spa (32)
Ruang bilik mandi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan resort ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi mereka. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian 09-505 7788.

Anda juga boleh terus menempah percutian anda di Mangala Resort & Spa di sini.

BACA: 7 Air Terjun Power Untuk Terjun Tiruk Bersama Kawan-Kawan