Kejadian buli di sekolah kini dilihat semakin parah dan bagaikan tiada penghujungnya ekoran banyak dilaporkan kes-kes sedemikian. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun pihak sekolah bagi menangani gejala ini tetapi seakan menemui jalan buntu.

Terbaru, tular di media sosial seperti Facebook dan Twitter, satu rakaman video yang memaparkan seorang pelajar dikatakan dibuli oleh beberapa orang pelajar yang lain. Difahamkan kejadian tersebut terjadi di sebuah sekolah agama di Pasir Puteh, Kelantan.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu, mangsa yang telah dipukul beberapa kali tekad bangun untuk membalas semua pukulan tersebut.

Tidak tahan dibelasah oleh pembuli, mangsa bangun dan menyerang semula pembuli, rata-rata netizen nyata berpuas hati dengan tindakan remaja berkenaan. Apa tidaknya, dakwa netizen perbuatan tersebut membuktikan bahawa bukan semua mangsa buli berdiam diri kerana takut, tetapi tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Terbaru, pihak polis telah menahan 10 pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah agama, di Pasir Puteh bagi menyiasat kes buli membabitkan seorang rakan mereka, jam 11 pagi semalam. Mangsa dipercayai kerap dibuli supaya menyiapkan kerja sekolah mereka.

Terdahulu, seorang wanita luar negara telah menjadi mangsa buli siber calon SPM. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Wanita Ini ‘Tanpa Sedar’ Telah Menjadi Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019

Lihat Mangsa Buli Siber Ini Dengan Tenang Berdepan Pembulinya Secara ‘Live’ Di Televisyen

Azfar Pilih Untuk Berdamai, Terima Permohonan Maaf Pembulinya

Anda Mungkin Suka