Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila seorang wanita di Amerika Syarikat secara tanpa sedar telah menjadi sasaran buli siber oleh calon SPM 2019.

Semuanya hanya disebabkan secara kebetulan nama beliau yang menjalankan aktiviti paragliding terpapar pada soalan Bahasa Inggeris kertas 2 yang membuatkan segelintir calon SPM 2019 melepaskan kemarahan berikutan kegagalan menjawabnya.

Isu ini bukan sahaja menarik perhatian netizen di Malaysia malah membuatkan netizen di Amerika Syarikat serta pemilik Instagram ini tertanya-tanya. Melihatkan akaun beliau menjadi tempat buli siber, netizen di Malaysia serta segelintir calon SPM 2019 tampil memohon maaf serta menjelaskan mengenai isu yang berlaku.

https://twitter.com/isdatnang/status/1192016370428309504?s=12

Bukan itu sahaja, pemilik Instagram @lauramelissawilliams telah memuat naik sebuah gambar terbaru bagi menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan soalan yang dikeluarkan sebaliknya semuanya hanyalah kebetulan.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menghentikan buli siber yang boleh mengakibatkan penderaan mental. Pemilik akaun Instagram ini juga bakal menghentikan memuat naik gambar terbaru sehingga isu ini reda. Anda boleh baca perkongsian penuh beliau dengan klik pautan di bawah.

Diharap isu ini dapat memberi pengajaran buat orang ramai serta pelajar pada masa akan datang untuk tidak menceroboh atau membuli orang yang tidak dikenali di alam maya.

Kami kongsikan kepada dengan lebih lanjut bagaimana isu ini berlaku pada awalnya. Turut dikongsikan isu yang membelenggu Malique mengenai privasi beliau diceroboh. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Wanita Ini ‘Tanpa Sedar’ Telah Menjadi Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019

Tularkan Gambar ‘Curi Dan Terkini’ Satu Pencerobohan Privasi Buat Malique